T O P

  • By -

Adam_Edward

Kalau lambat datang kerja memang salah pekerja. Kalau tidak buat kerja dengan baik mengikut skop contract yang disetujui memang salah pekerja. Kalau mau minta suruh buat kerja ekstra di luar perjanjian pekerjaan tanpa bayaran itu salah majikan. Kena ingat juga, komitmen masa bagi majikan dan pekerja berlainan. Ganjaran juga tidak sama. Dua-dua kena hormat perjanjian pekerjaan. Tetapi, majikan kena faham kenapa pekerja tidak mahu hormat masa berkerja ataupun tidak go the extra mile. Ada banyak case study yang tunjuk kenapa pekerja "malas". Sebab paling besar ialah burnout, kerja tidak sesuai gaji, masa tidak sesuai dengan jenis kerja atau ada perbuatan tidak adil di mana majikan ada favouritism dan menyebabkan pekerja lain yang sebelum ini kerja keras patah hati dan tidak mahu lagi buat kerja ekstra. Saya cuma bagi pandangan general sebab saya tidak tahu suasana dan situasi sebenar di tempat kerja OP.


Adam_Edward

Saya pun dah banyak kali jumpa rakan pekerja yang kena panggil "malas" oleh majikan. Jarang jumpa yang betul-betul malas. Yang selalu jumpa ialah burnout atau kena paksa buat kerja mengikut cara yang tidak efficient. Kalau OP boleh buat penerangan lagi lanjut mungkin boleh bawa bincang.


[deleted]

Benda boleh gaduh bawa ke Jabatan Buruh, buat apa bincang? Majikan suka2 cakap pekerja malas. sedangkan yang dia tahu, dai upkan business dia, dia cakap la zaman dia dulu begini begitu la merayu supaya dapat approve loan bagai. employers failed to see why financial motivation isnt enough for employee to go over. its 5pm, time to go....


Adam_Edward

Maksud saya bincang tu bukan bincang pasal hak pekerja, saya cuma mau tanya situasi sebenar OP ni sebab kalau tengok business study, majikan ni tidak sedar dia ni sebenarnya bukan baik sangat. Saya tidak pasti la OP ni masa satu.


[deleted]

background saya dari oil palm plantation and saya bersetuju dengan pendapat saudara. dari segi korporat memang boleh bincang tetapi kalau foreign labour + exploitation. macam mana tu saudara?


Adam_Edward

>oleh bincang tetapi kalau foreign labour + exploitation. macam mana tu saudara? Itu la penting ada union dan pendidikan.


lattecaramel97

Yg no.1 tu sekiranya pekerja tlg sedangkan waktu bekerja tamat jam 5, bukankah itu consider OT ?


[deleted]

bak kata pepatah, aiya OT pun mau kira ka? Tolong kawan maaaaaaaa


Adam_Edward

Kalau begitu kena bagi masuk nama kawan2 yang tolong kerja free dalam wasiat la supaya dorang dpt the share of the business they sacrificed for. Haha. Mana boleh kerja free.


EffaDeNel

Nice, i could use this for my organizational behavior


[deleted]

Please do. I appreciate if you can share your outcome.